Monday 2 May 2011

Perihal Di dalam Sunnah Ada Kejayaan





Allah Maha Kuasa,Makhluk Langsung Tiada Kuasa




Tuan-tuan,sesungguhnya di dalam sunnah ada kejayaan.Di luar sunnah tiada kejayaan.Apakah sunnah itu?Iaitu cara nabi s.a.w.Bila kita ikut cara nabi s.a.w,Allah s.w.t akan beri kita kejayaan dunia akhirat.Cara lain selain cara nabi s.a.w,tiada kejayaan.Cara lain selain cara nabi s.a.w ,akan menempuh kegagalan.Oleh itu kita hendaklah yakin seyakin-yakinnya bahawa hanya cara nabi s.a.w yang bawa kejayaan,selain cara nabi s.a.w,langsung tiada kejayaan.

Cara Nasrani tiada kejayaan,cara Yahudi tiada kejayaan,cara Komunis tiada kejayaan,cara Sekular tiada kejayaan.Cara Timur tiada kejayaan.Cara Barat tiada kejayaan.Cara Hindu tiada kejayaan,cara Buddha tiada kejayaan.Hanya dengan cara nabi s.a.w sahajalah kita akan dapat kejayaan di sisi Allah s.w.t,Maha Besar dan Maha Berkuasa.

Apakah kejayaan?Kejayaan ialah apabila kita berjaya menyediakan diri kita untuk MENGUCAPKAN KALIMAH LAILAHAILALLAH DI AKHIR KALAM yakni kita mati dengan membawa iman kepada Allah s.w.t.

Iman tidak akan didapati dari cara selain cara nabi s.a.w.Iman hanya boleh didapati dengan CARA NABI S.A.W.

Cara Nasrani tidak bawa iman,cara Yahudi tidak bawa iman,cara Komunis tidak bawa iman,cara Sekular tidak bawa iman.Cara Barat tidak bawa iman.Cara Timur tidak bawa iman.Cara Hindu tidak bawa iman,cara Buddha tidak bawa iman.Hanya dengan cara nabi s.a.w sahajalah kita akan dapat iman,dengan iman inilah KITA AKAN DAPAT KEJAYAAN.

Hari ini umat Islam sudah banyak tinggalkan sunnah nabi s.a.w.Sebaliknya ramai umat lain selain umat Islam mengamalkan sunnah nabi.Maka umat Islam menempuh kegagalan HIDUP DI DUNIA.Umat lain pula mendapat KEJAYAAN HIDUP DI DUNIA.Contohnya kebersihan.

Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya. (Hadith riwayat al-lmam Muslim)

Diriwayatkan dari Sa’ad bin Abi Waqas dari bapanya,dari Rasulullah s.a.w:"Sesungguhnya Allah S.W.T itu suci yang menyukai hal-hal yang suci, Dia Maha Bersih yang menyukai kebersihan, Dia Maha Mulia yang menyukai kemuliaan,Dia Maha Indah yang menyukai keindahan,kerana itu bersihkanlah tempat-tempatmu”

(HR. Tirmizi)


Dari Aisyah r.ahn, katanya: Rasul s.a.w bersabda: “ sepuluh perkara dari (peraturan-peraturan kebersihan) yang dituntut oleh agama, iaitu: menggunting misai, membiarkan janggut(tumbuh panjang serta mengemaskannya), bersugi(membersihkan gigi), menyedut air-membersihkan hidung, memotong kuku, membasuh buku-buku jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, dan beristinjak”. Kata Mas`ab (salah seorang rawi hadis ini): “dan aku lupa akan perkara yang kesepuluh, aku fikir perkara itu) tidak lain dari berkumur-kumur..”

Betapa lengkapnya Islam sampai membersihkan hidung pun jadi sunnah nabi s.a.w.Sebab itu siapa ikut sunnah nabi s.a.w,secara automatik dia jadi pembersih.

Lihat negara-negara Barat tuan,mereka amalkan sunnah nabi,jaga kebersihan,mereka dapat kejayaan di dunia.Lihat Jepun tuan,lihat Korea tuan...tempat mereka bersih dan kemas,maka mereka dapat kejayaan dunia dengan amalkan sunnah nabi.Tetapi mereka semua tidak dapat kejayaan akhirat sekaligus kejayaan segala kejayaan.JIKA KITA UMAT ISLAM AMALKAN SUNNAH NABI S.A.W,KITA DAPAT KEJAYAAN BUKAN SAHAJA DI DUNIA MALAH DI AKHIRAT,IAITU KEJAYAAN SEGALA KEJAYAAN.

Sebab itu di dalam sunnah ada kejayaan.Bersihkan pejabat tuan,bersihkan rumah tuan.Tuan akan lihat di dalam sunnah ada kejayaan.

Nabi juga meminta kita bersugi (membersihkan gigi) dan ini sunnah nabi s.a.w.

Dari Aisyah r.a.h. "Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya ".
( Riwayat Baihaqi )

"Dua rakaat sembahyang dengan bersugi itu terlebih
baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang
dengan tidak bersugi".
( Riwayat Muslim )








Lihat tuan-tuan!Betapa sempurnanya Islam sehinggakan orang yang bersugi mendapat redha Allah s.w.t dan solatnya lebih baik dari 70 puluh rakaat solat yang tidak bersugi.Nabi ajak kita jadi individu terhormat dan mulia.Islam ajak kita jadi manusia wangi,bersih dan sihat.Sebab itu orang yang ikut sunnah nabi s.a.w nescaya akan mendapat kejayaan.Hanyasanya orang yang berjaya ialah orang yang meletakkan dirinya dalam kemuliaan agama.

Adakah agama-agama lain mengajak penganutnya bersugi atau membersihkan hidung?Mari tuan-tuan kita ikut sunnah nabi s.a.w!Sesungguhnya di dalam sunnah ada kejayaan.

Salah satu sunnah nabi s.a.w adalah solat berjemaah.Dengan solat berjemaah,kita dapat mengenali ahli kariah kita,jiran-jiran dan saudara-saudara kita.Ini memupuk kebaikan sosial dan ukhuwah sesama umat Islam.Islam bukan mengatur sistem individualistik.Islam adalah agama kemasyarakatan.Islam bukan agama rahib dan pendeta yang bersunyi diri.Islam agama yang sosial dan komuniti.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Ada lima hak bagi seorang muslim terhadap saudaranya sesama muslim iaitu: Menjawab salam, mendoakan kepada orang yang bersin, menyahut undangan, menziarahi orang sakit dan mengiringi jenazah.

5 perkara ini jika tuan-tuan buat maka tuan-tuan semua telah tunaikan hak-hak bagi seorang muslim terhadap saudaranya.Islam menganjurkan hidup bermasyarakat.Bukan hidup terpencil seorang diri.Inilah kesempurnaan hidup beragama.Bila kita ikut Islam,kita akan mencapai kesempurnaan hidup,di dunia dan akhirat.Bila kita ikut sunnah,kita akan dapat kejayaan.Sesungguhnya di dalam sunnah ada kejayaan.

Bila di dalam kubur nanti malaikat tanya:

"Ma Ikhwanuka?" (Siapa saudaramu?)

Kita tak payah jawab tuan,mulut kita terkunci rapat.Yang jawab ialah amal kita.Nah!5 perkara tadi yang akan jawab siapa saudara kita.

Bila kita ikut sunnah nabi,bukan sahaja kejayaan dunia,malah kita akan dapat kejayaan di akhirat.Yakinlah tuan-tuan.

Jika kita contohi cara hidup nabi,kita akan dapat banyak kejayaan di dunia,disamping ganjaran pahala dari Allah Yang Maha Pemurah.Contohnya makan ikut cara nabi juga bawa kejayaan.Bagaimana nabi makan?Nabi makan dengan menggunakan jari,dan lepas makan nabi menjilati jari-jemarinya:

Kaab bin Malik r.a bercerita,

"Sesungguhnya Nabi s.a.w menjilati jari-jemarinya (sehabis makan) tiga kali"

(diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar,dari Abdurrahman bin Mahdi,dari Sufyan,dari Said bin Ibrahim,dari salah seorang anak Kaab bin Malik,yang bersumber dari bapanya)



Kenapa kena ikut cara nabi s.a.w?Kenapa kena ikut makan cara nabi s.a.w?

Hamba Allah:Saya tidak mahu awak jawab dengan berkata ini sunnah...ini sunnah...kena ikut.Saya sudah bosan.

Jadi nak jawab bagaimana yang tuan inginkan?

Hamba Allah:Saya mahu awak jawab dari segi logik kenapa saya perlu ikut sunnah.Contohnya makan dengan jari dan lepas makan kena jilat jari.Eiii...ini sungguh menjijikkan.Saya selalu guna sudu dan garpu.Ini lebih bertamadun.

Owh...tuan mahu saya terangkan dari segi asbab keduniaanlah,kenapa perlu makan ikut cara nabi.Jangan risau tuan...selama tuan ikut cara nabi s.a.w,tuan tetap dapat habuan di dunia malah ganjaran di akhirat.Tuan tidak perlu risau jadi miskin atau hina lepas amal cara nabi s.a.w malah tuan akan jadi mulia dan hidup tuan jadi berkat.Tidak mengapa kalau tuan makan dengan garpu dan sudu,tak jadi masalah,tapi kalau tuan ikut cara nabi memang tiada masalah malah boleh selesai masalah.

Hamba Allah:Saya tak nampak amal makan cara nabi buat saya jadi mulia.Makan dengan jari nampak kekampungan.Lepas itu jilat jari,menambahkan ciri-ciri primitif dan tidak bertamadun.

Itu tuan yang kata ke atau 'Orang Barat' yang kata?Bertenang ya maulana.Fikir dahulu sebelum bercakap.Sesungguhnya di dalam sunnah ada kejayaan.Pegang perkataan ini sampai mati.

Kenapa nabi s.a.w makan dengan tangan?Sebab Allah s.w.t telah letakkan berkat dan kelebihan dalamnya.Di tapak tangan kita terdapat enzim yang bernama interferon.Interferon ini mempunyai fungsi-fungsi tertentu seperti inteferon alpha yang digunakan dalam perawatan penyakit Hepatitis B dan Hepatitis C.Di hujung jari kita juga terdapat asid amino dan protein malah kuku kita juga diperbuat dari sejenis protein yang dipanggil kerotin,di mana protein-protein ini bertindak sebagai pemangkin kepada proses penguraian makanan.Pemangkin dari protein ini dipanggil sebagai enzim.







Oleh itu sebelum karbohidrat terhurai di dalam mulut oleh enzim amilase dalam air liur,ia telah mengalami pra-penguraian dahulu ketika kita menggaulkan nasi dengan tangan.Enzim yang terhasil di antara kuku dan isi kuku kita juga mempunyai kekuatan lebih dari enzim amilase dalam air liur.Kesan daripada enzim dan protein ini yang biasa kita nampak ialah makanan cepat basi apabila disentuh dengan tangan (bermakna kesan dari proses penguraian makanan).

Hamba Allah:Ok,berikan lagi contoh dalam sunnah ada kejayaan.

Tuan nak lagi?Boleh...contoh sebelum makan sunnah makan buah dahulu.Bila kita ikut sunnah makan cara nabi s.a.w,Allah akan beri ganjaran pahala sebab ikut sunnah nabi.

Hamba Allah:Saya tidak mahu dengar pahala-pahala ke ganjaran ke...saya tak nampak semua benda tu.Saya nak tahu apa kajian saintifik makan buah sebelum makan.Biasanya makan buah selepas makan sebagai pencuci mulut.Pelik.



Masya Allah tuan...nampaknya tuan sudah ketinggalan zaman dan bertabiat pelik secara saintifiknya.Makan buah selepas makan adalah amat tidak menyihatkan.

Hamba Allah:Apa?Tidak sihat?Ini budaya dari Barat.Semua dari Barat adalah betul...betul dan betul.Mereka adalah kaum yang bertamadun dan saintifik.Bukan macam orang Islam.Jumud,kolot dan tak saintifik.


Astaghfirullahalazim...sebenarnya tuan apabila tuan makan buah selepas makan maka khasiat atau zat dari buah-buahan tadi tidak dapat digunakan dengan sempurna oleh tubuh tuan.Tuan hendaklah sentiasa memakan buah-buahan ketika perut sedang kosong.Kenapa?Sebabnya ialah buah-buahan terutamanya tidak dihadam di dalam perut.Sebaliknya ia dihadam di dalam usus kecil,di mana ia mengeluarkan gulanya.Tetapi,sekiranya terdapat kanji,kentang ataupun daging di dalam perut,buah-buahan akan terperangkap dan mula menapai.Pernahkah tuan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut selepas makan besar dan bersendawa dengan rasa tidak selesa sepanjang malam?Ini kerana tuan tidak makan dengan cara yang betul.Tuan SEPATUTNYA MEMAKAN BUAH-BUAHAN KETIKA PERUT SEDANG KOSONG.

Hamba Allah:Subhanallah!Di dalam sunnah ada kejayaan.

Begitulah tuan-tuan,di dalam sunnah ada kejayaan.Ini baru bab makan dan kebersihan,berpuluh-puluh sunnah lagi yang mengandungi 1001 khasiat dan fadilat yang Allah s.w.t sediakan untuk manusia di dunia.Allah s.w.t adalah pencipta manusia maka Dia Maha Tahu akan apa yang baik untuk manusia.Bila kita amalkan sunnah nabi,bermakna kita cintakan nabi.Mana mungkin orang yang mengaku cintakan nabi dan ikut ajarannya benci pada janggutnya atau serbannya.Orang yang menjadikan artis-artis sebagai idola pun akan ikut segala fesyen artis itu dari rambut hingga ke hujung kaki.Kita mengaku Islam dan bernabikan Muhammad s.a.w,tetapi kita mencemuh janggut nabi,jubah nabi dan serban nabi.

Bila kita amalkan sunnah nabi dalam kehidupan,nanti Allah s.w.t mudahkan hidup kita.Sebab Allah telah letakkan asbab-asbab dunia sebagai keberkatan kepada orang yang amalkan sunnah nabi tadi.Dia amalkan makan cara nabi,Allah mudahkan sistem penghadamannya.Dia amalkan istinjak cara nabi,buang air kecil cara nabi,buang air besar cara nabi nanti Allah mudahkan sistem perkumuhannya,luaskan saluran perkumuhannya,tidak seperti orang yang tidak beristinjak cara nabi.Dia tidur cara nabi,Allah tegakkan tulang belakangnya,Allah jaga tubuhnya selama dia tidur.Ini belum lagi amal apa yang Allah sudah WAJIBKAN macam solat fardu.Kelebihan berdiri,rukuk,sujud,duduk dalam solat...semua itu ada sebab dari segi kesihatan,dari segi biologi,kimia dan fizik.JIKA KITA UMAT ISLAM AMALKAN SUNNAH NABI S.A.W,KITA DAPAT KEJAYAAN BUKAN SAHAJA DI DUNIA MALAH DI AKHIRAT,IAITU KEJAYAAN SEGALA KEJAYAAN.

Oleh itu tuan-tuan,marilah kita amalkan sunnah nabi.Sebab apa tuan-tuan?





















SEBAB DI DALAM SUNNAH ADA KEJAYAAN.















Ya Allah!Rupanya Engkau telah letakkan kejayaan di dalam sunnah nabi.Ya Allah!Pilihlah kami untuk amalkan sunnah kekasih-Mu.Ya Allah!Mudahkan kami untuk amal sunnah kekasih-Mu!






Perihal Allah Maha Berkuasa




Allah Maha Kuasa,Makhluk tiada kuasa.

Maha Berkuasanya Allah itu tuan-tuan...tidak mampu dilawan oleh mana-mana kuasa besar di dunia ini.Amerika,Britain,Perancis,China dan Russia tidak mampu melawan Allah Maha Berkuasa.Jika Amerika,Britain,Perancis,China dan Russia memaksa semua negara-negara di dunia ini untuk lawan Allah Maha Berkuasa sekalipun...belum lagi mampu mengalahkan Allah Maha Berkuasa.Jika seluruh negara-negara di dunia memaksa seluruh penduduk bumi sekalipun,amat jauh untuk menggoyangkan kedudukan Allah Maha Berkuasa.Jika seluruh penduduk bumi bergabung dengan seluruh penduduk langit sekalipun,amat jauh untuk menundukkan kuasa Allah yang Maha Berkuasa.Jika seluruh manusia,jin,syaitan dan segala makhluk yang tercipta bergabung tenaga dan fikiran untuk menjatuhkan kekuasaan Allah Maha Berkuasa,amat-amat dan teramatlah jauh untuk menumbangkan kekuasaan-Nya malah kekuatan yang terkumpul tadi amat-amatlah kecil malah lebih kecil dari kekuatan seekor kuman virus selesema.

Maha Berkuasanya Allah itu ya tuan-tuan yang mulia...mampu menciptakan langit tanpa tiang.Jika kejuruteraan piramid yang dicipta oleh makhluk-Nya sekalipun tidak mampu dipecahkan oleh jurutera Jepun dan Perancis...inikan pula langit tanpa tiang yang Allah Maha Kuasa ciptakan dengan teramat mudah.Lihat bagaimana Allah ciptakan semut,semut yang sekecil itu pun tiada mana-mana jurutera dan saintis mampu menciptakan ya tuan-tuan...tiada manusia genius yang mampu menciptakan seekor semut sama seperti Allah ciptakan seekor semut.



Allah Maha Berkuasa cipta segala-galanya.Allah ciptakan manusia.Allah ciptakan haiwan dan tumbuh-tumbuhan untuk jadi keperluan dan khidmat pada manusia.Allah Maha berkuasa beri rezeki kepada manusia.Tiada manusia yang mampu beri rezeki sama seperti Allah beri rezeki pada dia.Allah beri rezeki bukan sahaja pada manusia,malah Allah uruskan rezeki manusia,jin,haiwan dan tumbuh-tumbuhan.Ulat dalam batu Allah beri rezeki.Kuman dalam kolam Allah berkuasa beri rezeki.

Maha berkuasanya Allah itu tuan-tuan...tidak mampu dilawan oleh mana-mana senjata yang dikatakan berkuasa di dunia.Pistol tidak boleh lawan Allah tuan-tuan.AK-47 tidak boleh lawan Allah tuan-tuan.Machine gun tidak boleh lawan Allah tuan-tuan.Bazooka tidak boleh lawan Allah tuan-tuan.Bom Atom amat jauh sekali melawan kekuasaan Allah tuan-tuan.Ancamlah Allah dan marah sekuat mana pun...ALLAH TETAP MAHA BERKUASA.



Maha Berkuasanya Allah itu tuan-tuan...tidak mampu dicabar oleh mana-mana presiden yang berkuasa sekarang.Barrack Obama tidak mampu mencabar Allah Maha Kuasa.David Cameron tidak mampu cabar Allah Maha Kuasa.Dmitriy Medvedev tidak boleh cabar Allah Maha Kuasa.Ma Ying-Jeou langsung tidak berupaya melawan kuasa Allah Maha Berkuasa.Mereka teramat lemah untuk cabar kuasa Allah Maha Kuasa tuan-tuan...jika semua mereka-mereka ini hantar pasukan-pasukan tentera lengkap bersenjata untuk lawan kuasa Allah...tidak layak satu pasukan pun dihantar untuk lawan mereka...seekor nyamuk aedes yang kecil Allah boleh hantar untuk gigit batang hidung mereka.Barrack Obama boleh menggigil sakit demam denggi berdarah dan mati katak begitu sahaja.Apatah lagi David Cameron,Dmitri Medvedev dan Ma Ying-Jeou.Allah Maha Kuasa bila-bila masa boleh cabut nyawa mereka.




 Allah Maha Kuasa tuan-tuan...tetapi ramai orang tidak tahu betapa Maha Kuasanya Allah itu.Jika manusia tahu betapa Maha Berkuasanya Allah ya tuan-tuan yang mulia...sudah tentu setiap perintah dan larangan Allah,manusia akan patuh sepatuh-patuhnya.Manusia akan tahu betapa berkuasanya Allah bila nyawa sampai ke tenggoroknya.Sampai saat itu,baru manusia sedar DAN TERAMAT-AMAT SEDAR bahawa betapa MAHA BERKUASANYA ALLAH.

Manusia tidak akan kejar HARTA,TAKHTA DAN WANITA bila manusia tahu BETAPA KUASANYA Allah mencukupkan segala keperluannya.Hari ini ada orang kejar harta kerana baginya HARTA AMAT BERKUASA beri dia kesenangan.Hari ini ada orang kejar takhta kerana baginya TAKHTA AMAT BERKUASA beri dia kesenangan.Hari ini ada orang kejar wanita kerana baginya WANITA AMAT BERKUASA beri dia kesenangan.Tetapi bila harta,takhta dan wanita pergi...kesenangan dia pun pergi.JIKA MANUSIA TADI KEJAR ALLAH YANG MERUPAKAN SUMBER KESENANGAN,maka manusia akan dapat KEBAHAGIAAN YANG KEKAL ABADI.Sebab tuan-tuan ada orang yang punya harta yang banyak..tetapi setiap hari hatinya risau jaga hartanya,takut-takut ada perompak merampas hartanya.Ada orang yang duduk atas takhta dan jadi raja,tetapi hatinya gundah gulana takut-takut ada orang rampas takhtanya.Ada orang yang punya isteri cantik tetapi setiap hari hatinya tidak tenang,takut-takut ada orang rampas isterinya.

Sebab apa tuan-tuan?SEBAB ALLAH MAHA BERKUASA BERI KESENANGAN!

Adakah kita mahu faham betapa berkuasanya Allah sekarang atau ketika nyawa sampai ke tenggorok?Pilihlah tuan-tuan yang mulia.



Maha Berkuasanya Allah itu tuan-tuan yang mulia...tidak mampu dikalahkan mana-mana makhluk.Jika Barrack Obama kata dia amat berkuasa...satu hari dia akan mati.Jika anda kata Superman amat berkuasa,Superman akan mati kena cahaya kristal.Jika anda kata Ultraman amat berkuasa,Ultraman akan mati bila mentol di dadanya tetap menyala lebih dari 3 minit.Jika anda kata Terminator amat berkuasa,Terminator akan mati bila direndam dalam tangki penuh dengan besi cair yang panas.Inikan pula saya dan tuan-tuan yang mulia,yang boleh mati akibat seekor nyamuk,malah seekor kuman yang amat kecil.


Jadi tuan-tuan yang mulia...


Siapa paling berkuasa?Siapa yang Maha Berkuasa?Siapa yang paling besar kuasanya?




















ALLAH...



























Ya Allah,Kau Maha Berkuasa Ya Allah....Kau Maha Berkuasa....

Perihal Tujuan Manusia Diciptakan






Allah Maha Kuasa Makhluk Tiada Kuasa



Setiap hari manusia keluar berkerja,bermain,tidur,makan,minum dan berespirasi.Ada manusia keluar ke sekolah,universiti atau ke pasaraya.Ada yang keluar untuk beribadat;ke masjid,gereja,tokong atau sebagainya.Setiap hari mereka membuat pelbagai kegiatan.Namun seringkali mereka lupa apakah tujuan mereka diciptakan.

Ada yang berkerja sebagai jurutera contohnya,dia amat tahu apa tujuan mesin-mesin atau jentera-jentera diciptakan.Seorang jurutera kereta amat tahu apakah tujuan kereta diciptakan.Seorang jurutera kapal terbang amat tahu apakah tujuan kapal terbang diciptakan.Seorang chargeman B4 misalnya tahu apakah tujuan stesen penjana diciptakan.Dia juga tahu apakah tujuan gas circuit breaker,oil circuit breaker atau vacuum circuit breaker diciptakan.Dia juga tahu apakah tujuan transformer,switchboard,generator set ataupun RMU diciptakan.Seorang jurutera enjin tahu mengapa enjin V8 atau V12 diciptakan.Dia amat tahu tujuan carburator,crank shaft,heat plug atau piston diciptakan.Seorang jurutera perisian amat tahu mengapa HTML,Perl,SQL injection dan Apache diciptakan.Seorang programmer tahu apa tujuan C++,Pascal,COBOL,FORTRAN dan Micro-C diciptakan.Seorang hacker tahu tujuan NMap,OpenSSH,JohnTheRipper,Aircrack,Kismet,NetCat dan BackDoor diciptakan.Seorang tukang masak tahu tujuan mesin pengisar dan ketuhar diciptakan.

Tetapi seringkali mereka lupa APAKAH TUJUAN DIRI MEREKA SENDIRI DICIPTAKAN.



Seorang gadis yang menyertai pertandingan Dewi Remaja tahu apakah tujuan segala mekap diciptakan.Dia tahu apakah tujuan SunSilk,Pantene,SilkyGirl,Dove dan sebagainya diciptakan.Dia tahu apakah tujuan pengering rambut,mask,conditioner,shower gel dan syampu diciptakan.Namun dia seringkali lupa apakah tujuan dirinya diciptakan.

Cuba lihat manusia di dunia.Mereka sibuk berbincang tentang bisnes,politik,cuaca,ekonomi dan lain-lain.Sibuk bekerja.Ada yang jadi kuli.Ada yang jadi bos.Ada yang pangkat besar ada yang pangkatnya kecil.Kadang-kadang mereka berkerja sehingga lupa untuk apa diri mereka diciptakan.Kadang-kadang mereka sibuk berhidup di dunia tanpa tahu apakah tujuan sebenar mereka dihidupkan.Adakah mereka diciptakan hanyalah untuk bermain-main?Adakah mereka tercipta secara kebetulan?


"Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dengan bermain-main"

(Ad-Dukhan ayat 38)



Ada manusia yang amat megah dengan kenderaannya.Dia amat megah dengan kekayaannya.Katakan dia memiliki RX-7,maka sebenarnya keretanya itu bukanlah tujuan dia diciptakan di dunia,malah semua kekayaan itu bukanlah sebab dia diciptakan di dunia.Tuhan bukan ciptakan dia di dunia untuk kumpul harta benda berkoyan-koyan sampai 7 keturunan tidak habis makan.Tuhan tidak ciptakan dia semata-mata untuk memiliki Lamborghini Miura SV ataupun Jaguar XJ6.Tuhan tidak pernah ciptakan dia di dunia semata-mata untuk beli tanah berlot-lot di Diamond Height.Tidak perlu semua itu.Manusia tidak perlukan semua itu untuk memenuhi TUJUAN DIA DICIPTAKAN DI DUNIA.

Lihat seorang mekanik.Dia amat tahu fungsi jentera yang dibaikinya.Dia tahu semua perkara tentang jentera itu.Dia tahu TUJUAN JENTERA ITU DICIPTAKAN.Namun adakah dia tahu TUJUAN DIRINYA DICIPTAKAN?

Adakah Gottlieb Daimler yang mencipta enjin pembakaran dalam tahu tujuan dirinya diciptakan?

Adakah Bill Gates yang mencipta perisian Windows tahu tujuan diri diciptakan ke dunia?

Adakah Wak Karman yang sedang berkerja di tapak pembinaan di kilang SunPower di Melaka tahu untuk apakah dirinya diciptakan?

Fatihah,gadis jelita yang menyertai pencarian Dewi Remaja amat tahu tujuan maskara diciptakan oleh manusia.Namun adakah Fatihah tahu tujuan manusia yang mencipta maskara itu DICIPTAKAN OLEH PENCIPTA-NYA?

Dan adakah Fatihah juga tahu untuk apa TUJUAN DIRINYA DICIPTAKAN?




Ramai wanita mengejar kecantikan dan kesempurnaan tubuh badan.Kulit yang gelap dicerahkan.Mana yang kecil minta dibesar-besarkan.Mana yang muram,biar ceria dan cantik dipandang.Yang tak lentik,dilentikkan.Yang nampak kosong ditampal-tampal bedak,dilukis,diwarnakan dan dicat-cat bagaikan kanvas lukisan.Tambah bulu mata palsu.Tambah bulu kening.Itu belum lagi bab aksesori.Pasang anting-anting di telinga.Pasang rantai di leher.Itu belum bab rambut lagi.Pendek kata memang rumit bab kecantikan wanita ini.Patutlah manusia yang paling cantik di dalam dunia adalah LELAKI.Orang lelaki tak perlu semua itu.Tak perlu nak di cat-cat mukanya.Semua semulajadi dan original.

Namun adakah semua itu adalah TUJUAN WANITA DICIPTAKAN?Wanita seringkali lupa bahawa kecantikan paras muka bukanlah TUJUAN WANITA DICIPTAKAN TUHAN.

Ramai orang lelaki mahu memiliki tubuh yang gagah perkasa.Mereka pergi ke gym semata-mata mahu kacak bergaya.Ada yang angkat besi berkilo-kilo semata-mata mahu mengejar kegagahan tubuh badan.Namun adakah mereka berfikir sejenak,apakah TUJUAN MEREKA DICIPTAKAN DI DUNIA?Adakah aku ini diciptakan semata-mata untuk semua ini?Mengapa Tuhan ciptakan aku???

Adakah Tuhan ciptakan aku semata-mata untuk ke sekolah?Adakah Tuhan ciptakan aku semata-mata untuk masuk universiti?Adakah Tuhan ciptakan aku semata-mata untuk jadi engineer?Adakah Tuhan ciptakan aku semata-mata untuk jadi lawyer?Adakah Tuhan ciptakan aku semata-mata untuk jadi doktor?Adakah Tuhan ciptakan aku semata-mata untuk hidup mewah?Adakah Tuhan ciptakan aku semata-mata untuk hidup papa kedana?Adakah Tuhan ciptakan aku semata-mata untuk hidup susah?Adakah Tuhan ciptakan aku semata-mata untuk jadi kuli orang?Semata-mata untuk kayakan orang lain?Adakah Tuhan ciptakan aku semata-mata untuk dihina,dipijak atau dimakihamun orang lain?



Tidak tuan-tuan sekalian,TUHAN TIDAK CIPTAKAN ANTA-ANTA SEMUA KERANA ITU.

JADI MENGAPA TUHAN CIPTAKAN AKU???

Maulana semua kena sedar,Tuhan tidak ciptakan maulana semua semata-mata untuk kerja teruk sampai lupa waktu solat.Tuhan tidak ciptakan maulana sekalian semata-mata makan minum berak cangkung tidur berdengung.Tuhan tidak ciptakan maulana semua untuk menongkat dunia sampai mati.Tuhan tidak ciptakan anta-anta semua untuk berpolitik sampai lupa HUKUM TUHAN dalam AlQuran.Tuhan tidak ciptakan anta semua untuk berhibur di night club sampai ke pagi.Tuhan tidak ciptakan anta semua untuk boros menggunakan nikmat-Nya.Tuhan tidak ciptakan kita semua untuk buat maksiat kepada-Nya.Na'uzubillah...

Jadi tolong beritahu aku,MENGAPA AKU DICIPTAKAN???

Sebelum itu mahu tanya dahulu mengapa anta sibuk sangat bekerja?

Aku bekerja untuk cari rezeki.Salahkah aku berkerja untuk sara hidup aku dan keluarga aku?

Tapi mengapa anta bekerja sampai lupa waktu solat?

Ahh...itu perkara kecil sahaja,mengapa mahu diperbesar-besarkan.Kubur masing-masing lah.Buat apa anta sibuk?Aku punya hal lah.



Tapi bukankah anta mahu tahu APA TUJUAN DIRI ANTA DICIPTAKAN?

Ya...ya...memang aku mahu tahu mengapa tujuan diri aku ini diciptakan.Cepatlah beritahu.Tak payahlah ungkit-ungkit soal sembahyang atau tidak.Tiada kaitan langsung.

Masya Allah ya maulana.Soal sembahyang itulah jadi perkara yang amat penting dalam perbincangan kita ini.Malah memang ada kaitan.Tersangatlah ada kaitan.Tidak boleh tidak.

Apa dianya?Aku tak pahamlah.Straight to the point lah.Jangan nak berdolak-dalik.Aku mahU TAHU LEKAS APAKAH TUJUAN AKU DICIPTAKAN!!?CEPAT BERITAHU AKU SEKARANG APAKAH TUJUAN AKU DICIPTAKAN!!!?

Masya Allah,jangan lah marah-marah begini.Kenalah bersabar.Tujuan diri anta diciptakan bukan untuk marah-marah begini.Betullah solat itu adalah perkara yang amat penting dalam perbincangan kita ini.Ini bukan tipu.Ini betul-betul punya.

Aku tidak kira,beritahu aku cepat APAKAH TUJUAN HIDUP AKU INI DICIPTAKAN!!!!?

Fatihah:Ya lah saya pun mahu tahu apakah tujuan diri saya diciptakan.Ibu saya selalu beritahu saya,perempuan diciptakan untuk jadi penyeri.Jadi saya perlu cantik dan jelita selalu.Sekarang ini saya telah berjaya menjadi finalis Dewi Remaja.Kordinator program sarankan saya pakai baju ketat-ketat supaya lebih menarik.Kalau boleh biar terbelah sana,terbelah sini.Ada can boleh menang.Rambut saya panjang beralun-alun.Saya tidak suka rebonding-rebonding ni.Saya suka rambut ikal mayang.Saya pun tidak suka warnakan rambut.Tengok minah tu,rambutnya merah.Perasan konon macam minah saleh.Geram aku tengok dia.Tergedik-gedik...

Sabar...sabar dik.Adik Fatihah kena faham tujuan adik diciptakan di dunia bukanlah semata-mata untuk melaram melawa bergaya cantik jelita.Malah perbuatan adik itu hanya menambahkan kemungkaran sahaja.Jika adik percaya bahawa diri adik diciptakan semata-mata jadi penyeri sahaja,maka samalah adik macam pokok bunga plastik.Jadi penyeri sahaja.Tidak lebih dari itu.Tahukah adik,adik diciptakan di dunia semata-mata untuk buat satu PERKARA MULIA.Adik diciptakan bukan jadi penyeri malah bertambah-tambah lebih mulia dari itu.Untuk buat satu PERKARA MULIA.Itulah beza penciptaan adik dengan pokok bunga plastik.Penciptaan pokok bunga plastik hanyalah sebagai penyeri sahaja.Tetapi PENCIPTAAN DIRI ADIK ADALAH UNTUK BUAT TUGAS MULIA.Gunung-ganang,kambing,awan,bintang,matahari,planet-planet pun tidak dapat buat TUGAS MULIA INI tau.

Fatihah:Ya Allah!Apakah dia TUGAS MULIA itu?Saya mahu tahu.Saya tidak mahu lagi jadi macam bunga plastik.Kecantikan saya ini juga satu hari nanti akan hilang.Dah tua kerepot,tak berguna lagi Dewi Remaja ini.Saya mahu jadi insan mulia,buat sesuatu yang mulia.Macam bunga plastik,bila sudah pudar kecantikannya,ia akan dibuang,dan digantikan dengan yang baru.Begitulah juga dengan kecantikan saya.Habis madu sepah jangan dibuang merata-rata.Eh,betulkah peribahasa saya ini?



Masya Allah!Sungguh benar kata-kata adik Fatihah itu.Kecantikan akan hilang.Ia bukan TUJUAN PARA WANITA DICIPTAKAN.Begitu juga kegagahan dan kepandaian bukanlah TUJUAN LELAKI DICIPTAKAN.Lelaki dan perempuan diciptakan hanya untuk TUJUAN INI.Manusia diciptakan hanya untuk TUJUAN INI.

Heii!!Apa TUJUAN ITU??Beritahulah cepat!!Aku sudah tidak sabar ni!!APA TUJUAN MANUSIA DICIPTAKAN!!

Fatihah:Ya,APA TUJUAN DIRI SAYA DICIPTAKAN??

Tujuan diri Fatihah dan maulana-maulana semua DICIPTAKAN ada dijelaskan di dalam firman Allah ini:



"Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku." (Surah az-Zariyat ayat 56)


Fatihah:Jadi apakah TUJUAN SAYA DICIPTAKAN??

Tujuan diri adik diciptakan adalah UNTUK MENGABDIKAN DIRI KEPADA-NYA.Bagaimana?Itulah dengan MENINGGALKAN APA YANG DILARANG-NYA DAN MELAKSANAKAN APA YANG DIPERINTAH-NYA.

Berikankan aku contoh.

Mahu contoh ya maulana?Maulana sibuk bekerja sampai lupa tujuan diri sendiri diciptakan.Bagaimana?Sampai masuk waktu zohor,maulana masih lagi sibuk berkerja tanpa mahu berhenti sebentar pun untuk solat menyembah-Nya.Padahal solat bukannya makan waktu sampai berjam-jam.5-10 minit sahaja.Kadang-kadang maulana kena outstation.Dalam perjalanan,maulana tidak mahu berhenti sebentar di mana-mana masjid pun untuk BUAT KERJA YANG JADI TUJUAN DIRI DICIPTAKAN TUHAN.

Salahkah aku berkerja?Salahkah?

Kerja tidak salah TAPI JANGAN SAMPAI KERJA BOLEH GANGGU TUJUAN KITA DICIPTAKAN DI DUNIA.

Kita ada fikiran.Gunakanlah ia untuk cari kesempatan untuk MENGABDIKAN DIRI KEPADA-NYA.Untuk buat KERJA MULIA.Kerja mulia yang jadi TUJUAN KITA DICIPTAKAN.

Jadi ya maulana,apakah TUJUAN MANUSIA DICIPTAKAN?

APA TUJUAN DIRI KITA DICIPTAKAN?

APA TUJUAN LELAKI DAN PEREMPUAN DICIPTAKAN?

APAKAH TUJUAN SAYA DAN ANDA DICIPTAKAN???
















Iaitu MENGABDIKAN DIRI KEPADA-NYA.






















Ya Allah!Rupanya itulah tujuan diriku diciptakan!Maha Suci Engkau Ya Allah!Maha Suci Engkau!!!

Perihal Syukur




Allah Maha Kuasa Makhluk Tiada Kuasa

Setiap hari manusia dilimpahi nikmat Allah Yang Maha Pemurah.Setiap hari manusia bergelumang dengan pemberian demi pemberian dari Allah Yang Maha Pengasih.Cuba sebutkan nikmat Allah paling hebat pada diri tuan-tuan.Apa dia?Toyota Estima Hybrid?Set Sony DAV-FZ900KW DVD Home Theatre System?iPhone 3GS berkelajuan 833MHz?Motosikal berkuasa tinggi Ducati 1098 S Tricolore?Dua tiket percutian mengelilingi Eropah dan bonus berbulan madu?Isteri secantik Diana Danielle dilengkapi suara semerdu Yuna?Ooo...itu kurang tepat tuan-tuan...Itu juga nikmat pemberian Allah namun nikmat yang paling hebat pada diri saya dan tuan-tuan ialah nafas yang saya dan tuan-tuan sedut tiap-tiap hari.

Dengan nafas yang dipinjam oleh Allah s.w.t itulah tuan-tuan dapat makan nasi goreng USA sambil menonton TV siaran Liga Juara-Juara Eropah dan kemudian tidur di tilam empuk berjenama Dreamland.Dengan nafas yang dipinjam Tuhan itulah tuan-tuan dapat pergi kerja,membeli-belah,melancong,beribadat dan berehat.DEngan nafas yang dipinjam Allah itu juga sesetengah makhluk Tuhan pergi ke disko,minum arak,berpegangan tangan bukan muhrim dan berzina.Dengan nafas yang dipinjam Allah itu juga ada orang gunakan ia untuk makan rasuah,menipu rakyat bawahan,pecah amanah dan menggunakan hasil negara untuk mengisi perut sendiri.

Nikmat Allah tidak terkira banyaknya tuan-tuan...Setiap kali tuan-tuan kelip mata itu juga satu nikmat.Apa akan jadi jika tuan-tuan semua terjegil biji mata 24jam.Seksanya jika tiba-tiba mata kita masuk habuk.Tidak boleh pejam mata.Mahu tidur pun mata terjegil macam burung hantu.Hidung kita pun dicipta Tuhan dalam kedudukan yang penuh nikmat dan rahmat.Apa akan jadi kalau lubang hidung saya dan tuan-tuan ke atas?Aha...jika hujan kelam-kabutlah cari tempat berteduh,kalau tidak lemaslah air masuk hidung kalau tuan-tuan tidak tutup dengan tangan.

Cuba lihat bagaimana hikmahnya Allah cipta diri kita.Kuku kita boleh memanjang.Bulu ketiak kita pun boleh panjang.Tetapi mengapa gigi kita tidak boleh panjang-panjang?Bulu kening kita duduk macam itu saja.Cuba kalau gigi kita memanjang macam kuku kita.Sampai masa,kena potong.Alamat kena cari 'cutter' besilah.Doktor gigi akan kaya raya kerana buat khidmat potong gigi setiap hari.Jika ada yang malas potong gigi,giginya akan panjang macam drakula.Nak makan pun susah.Pontianak Harum Sundal Malam dan Siang pun  akan lari ketakutan lihat gigi kita.

Apa akan jadi kalau bulu kening kita memanjang macam janggut atau bulu ketiak kita?Alamat bertambah tugas kita.Kalau malas potong bulu kening,bulu kening akan panjang sehingga tutup mata.Pereka fesyen dari Paris dan Tokyo akan membuat pelbagai fesyen bulu kening yang pelik-pelik.Remaja-remaja Jepun akan menggayakan trend-trend terbaru bulu kening yang di'punk'kan atau diwarnakan di sana-sini.Lisa Surihani akan mendandan bulu keningnya untuk dimuatkan dalam majalah Mangga.Kan haru namanya itu ya maulana sekalian.





Cuba lihat diri tuan-tuan,betapa sempurna diri tuan-tuan Allah ciptakan.Cukup sifat.Ada orang yang lahir-lahir buta matanya.Ada yang cacat tiada tangan dan kaki.Ada yang lahir-lahir dua kepala satu badan.Ada bayi lahir sebelah buah pinggang mati.Ada yang terpaksa minta derma hati.

Nikmat Allah itu tuan-tuan... kalau dikumpulkan seluruh air laut di dunia ini untuk dijadikan dakwat,tidak cukup untuk menuliskan semuanya.Kalau dikumpulkan semua pokok-pokok di dunia ini supaya dijadikan batang pena bagi menuliskan segala nikmat Allah itu nescaya habis semuanya sebelum sempat menuliskan semua nikmat Allah itu.Subhanallahhh...

Allah jadikan diri kita sebaik-baik ciptaan...tuan-tuan.Firman Allah dalam surah at-Tin ayat 4,

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya".

Namun ada orang yang tidak puas dengan dirinya.Dia rasa Tuhan tidak cukup bagus ciptakan dirinya.Jadi dia buat tatu dan lukis macam-macam gambar pada tubuh badannya.Ada yang tindik muka,tangan,perut dan macam-macam lagi tabiat pelik manusia yang tidak puas hati dengan dirinya yang sebaik-baik ciptaan.Ada yang sambung rambut.Ada yang suntik silikon,suntik botox sampai hampir-hampir jadi mutan macam dalam filem X-Men.Ada yang tukar jantina.Yang lelaki jadi perempuan,yang perempuan jadi lelaki.Yang tidak sepatutnya digincu,digincu.Yang tak sepatutnya dicat,dicat sampai berwarna-warni macam badut sarkas.Padahal,semua itu yang dihias sedemikian rupa bakal menjadi santapan istimewa segala cacing dan ulat di dalam kubur.Jika tidak ulat dan cacing,pasti segala bakteria di bumi Allah ini akan melupuskan daging-daging mereka.Tidak bersisa.Yang perlu di'tatu' dan dicantikkan bukan tubuh badan wahai maulana semua...



Yang perlu diperelokkan,ditacap-tacap dan dicantikkan ialah AKHLAK dan IMAN kita.

Apa doa melihat cermin ya maulana sekalian?Siapa tahu angkat kaki!

Ya..ya.. "Segala Puji Hanyalah Milik Allah, Ya Allah Sebagaimana Engkau Telah Membaguskan Kejadianku, Maka Baguskanlah Akhlaqku"

Inilah yang perlu ditacap-tacap tuan-tuan.Mitsubishi Evo tuan-tuan tak payah tacap pun tidak mengapa.Ini AKHLAK tuan-tuan yang perlu diperelokkan,bikin baik punya!Bagi Allah sayang pada kita.Bagi Allah redha pada kita.Baru kelass gitu.

Iman tuan-tuan kalau tak cantik,lembu dan kambing pun menggelengkan kepala.Kenapa tuan-tuan?Kita makan,kambing pun makan.Kita minum,kambing pun minum.Kita tidur,kambing pun tidur.Tapi bila azan maghrib,kita masih mengunyah lagi,masih selamba dek lagi macam kambing.Kambing pun naik hairan.Apa beza aku dengan manusia?

Sebab itu kita kena tahu bersyukur tuan-tuan...sebab bab bersyukur ini kalau nak huraikan kelebihannya tidak cukup 44 malam tuan-tuan.Bersyukur inilah antara asbab punca rezeki yang amat ampuh tuan-tuan.Bersyukur ini kalau nak tahu adalah kunci kekayaan dan hidup mewah.Kenape?Tak percayeee?


Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.

Nah...sekarang kita tahu Allah menjamin dalam AlQuran bahawa dengan bersyukur Allah akan tambah lagi dan lagi dan lagi.Allah akan tambah nikmatnya lagi dengan bersyukur.JIka kita miskin,Allah akan jadikan kita kaya.Kalau kita kaya,Allah bikin kita jadi tambah kaya...tambah kaya...Masya Allah!!



Bagaimana?Bagitahu aku macam mana nak jadi kaya dengan bersyukur??Aku bosan hidup miskin.Aku bosan jadi kuli batak orang lain.Aku sendiri pun tak cukup makan,macam mana nak bagi anak bini aku makan.Takkanlah aku nak bagi anak bini aku makan siput babi macam dalam rancangan Bersama mu TV3 tuh.

Sabar...ya maulana.Nak tahu rahsia mesti sabar.Nak kaya pun kena sabar.Sabar itu juga cara untuk jadi kaya.Kekayaan pun tidak datang sekelip atau 2 kelip mata.Berkelip-kelip mata pun tak dapat ya tuan-tuan.

Kau jangan buat loyar buruk.Beritahu aku cepat!

Bagaimana mahu kaya jika sikap tuan tidak mahu sabar?Lihat Bill Gates yang pendapatannya 300juta sebulan.Adakah dia kaya dengan 2-3 kelip mata?Berapa lama Donald Trump bina empayar hartanahnya?Tak payah pergi jauh tuan,lihat Mustapha Kamal tauke MK Land,berapa lama dia bertatih bina kekayaan?

Baiklah aku mahu sabar sekarang.Cuma tolong beritahu aku macam mana nak kaya dengan hanya bersyukur pada Tuhan.Aku cuma bosan makan megi tiap-tiap hari.Sekarang ini pun megi aku sudah kembang.




Megi yang kembang juga adalah nikmat Allah ya sheikh ya maulana.JIka tuan tidak tahu bersyukur dengan sekeping megi,bagaimana tuan mahu bersyukur dengan sepinggan nasi kandar Mamak Deluxe berlaukkan ayam madu,papadom,sayur kobis dengan campuran mayonis,kentang putar yang lazat dan air tembikai susu lemak manis?Belajar bersyukur pada perkara yang kecil-kecil dahulu tuan,baru kita layak dapat berkat bersyukur pada perkara-perkara yang besar-besar.Sekeping megi itu tuan,jika kita tahu erti bersyukur padanya,Allah akan catitkan kesyukuran kita itu dan kelak Allah akan balas 10 kali ganda malahan berkali-kali ganda ya tuan.Subhanallah!!

Ya..ya..aku bersyukur dapat makan megi kembang.Jangan cakap lagi,beritahu sahaja bagaimana aku mahu bersyukur supaya dapat keluar dari kemiskinan tegar aku ini.

Tuan sudah pun buat tadi.Maknanya jika kita tahu erti syukur walaupun sekecil-kecil nikmat Allah,maka kita layak dapat kelebihan berkat rahmat Allah Yang Maha Kaya.Bersyukur ini macam main pinball tuan,tidak kira apa jua kita bersyukur pun,tetap dapat markah.Dapat minum air kosong,alhamdulillah...dapat duduk bawah payung masa hujan,alhamdulillah...dapat duduk dalam tren yang sesak,alhamdulillah...tapi jangan pula bila tengok punggung wanita masa dalam LRT kita ucap alhamdulillah...

Kenapa pula?Bukan itu juga rezeki namanya?

Itu bukan rezeki ya maulana!Masya Allah apa nak jadi dengan maulana ini!Itu bukan rezeki,itu peluang nak dapat dosa!

Bila terpandang perkara-perkara macam itu,alihkan pandangan atau tutup mata sahaja dan beristighfar.Ini juga cara kita bersyukur dengan kedua biji mata kita.Nanti Allah tambah lagi nikmat...lagi dan lagi dan lagi...

Alhamdulillah aku faham sekarang,jadi ada tak cara lain nak bersyukur ini?

Bersyukur ini banyak cara kita boleh buat tuan-tuan.Bukan sekadar mengucapkan alhamdulillah...jika kita banyak harta,cara paling baik untuk bersyukur dengan harta kita ialah berzakat.Dah tunaikan zakat,kita boleh bersedekah pula.Tahukah tuan-tuan,dengan bersedekah,harta kita akan bertambah dan bertambah?Masya Allah tuan...ini RAHSIA BESAR tuan...bersedekah dapat menambahkan kekayaan.Dalam ilmu metafizik Barat juga mengakui prinsip ini.Apa dia tuan-tuan?

"Rahsia menerima ialah dengan memberi"
 

Jadi belajarlah memberi,kata pakar motivasi Barat.Lihat majoriti hartawan Barat.Trend mereka ialah selepas berjaya menjadi jutawan,mereka akan buka yayasan.Mereka akan buat tabung derma,kempen derma.Bill Gates,Rockefeller,Donald Trump dan sebagainya bukan sahaja menjadi hartawan yang berjaya,mereka juga adalah penderma yang budiman.Ini berbeza dengan orang kita ya maulana...makin kaya makin telan harta orang lain.Makin kaya bukan semakin jadi budiman...jadi semakin pembelit.Itu sebab bisnes semua lingkup.Semua tak jalan.Bengkrapsi.Tambah pula masing-masing ada Phd,lagi haru dibuatnya ya maulana sekalian.

Kenapa bersedekah tidak menjadikan harta kita berkurang malah semakin bertambah dan bertambah?


Dalam Hadis yang diriwayat At-Tabrani Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya sedekah itu tidak akan mengurangi harta seseorang”.

Lihat tuan-tuan Nabi kata sedekah itu tidak langsung mengurangkan harta kita.Kita mungkin nampak berkurang,TETAPI HAKIKATNYA TIDAK.


Allah yang merupakan PEMILIK PERBENDAHARAAN KEKAYAAN juga menjamin orang yang bersedekah:


Al Baqarah ayat 261 :

"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.

Inilah rahsia hukum metafizik Barat "“to give in order to get” .Kata Joe Vitale,seorang pakar motivasi dan 'spiritual marketing',hukum ini adalah sesuatu yang universal dan bertindak dengan cara yang tidak diketahui dan aneh.Memanglah dengan memberi itu membawa kepada pemberian yang mencurah-curah sebab ALLAH SENDIRI YANG MENCIPTA HUKUM ALAM INI.Orang Barat percaya dan mereka berjaya.Kita kurang percaya,maka kita gagal.

DALAM AGAMA ITU ADA KEJAYAAN.YAKINLAH TUAN-TUAN.YAKINLAH SEPENUH HATI.

Tapi dalam poket aku ada 5 ringgit je.Aku orang miskin.Tak payah lah bersedekah.Aku nak cara lain jadi kaya.




Orang miskinlah kena banyak bersedekah ya maulana.Sebab orang miskin kurang harta.Nak dapat banyak kena beri banyak.Nak jadi kaya kena bagi kekayaan.Itu prinsipnya ya maulana.Buat sahaja.Nanti Allah kasi mudah.Misalnya dalam poket ada 5 ringgit,berilah seringgit pada surau atau masjid.4 ringgit boleh beli nasi lemak dan air bungkus sebagai contoh.Kan mudah.Nak bagi semua pun tidak mengapa.Tapi kena tawakal kuatlah.

Bersyukur juga boleh dilakukan dengan menambahkan amal ibadat tuan-tuan.Jika dahulu malas bersolat,kini rajin-rajinlah pergi ke masjid.Jika dahulu malas nak buka AlQuran,kini usahalah baca 2-3 mukasurat sehari.Lagi tambah amal ibadat,lagi Allah sayang.Lagi Allah sayang...nah minta apa saja ya maulana...nak rumah...nak kereta...nak bini cantik...panjatkan saja doa tuan-tuan...pasti Allah kabulkan.

Surah Al-Baqarah ayat 186:

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai-Ku maka beritahu kepada mereka : Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir kepada mereka. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku dengan mematuhi perintah-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul".






Nah...tuan-tuan,jika kita sahut seruan Allah,pasti Dia akan beri perhatian-Nya pada kita.Sebab apa tuan-tuan?SEbab dengan menyahut perintah Allah maknanya kita sudah bersyukur dengan NAFAS DAN NYAWA yang Allah kurniakan pada kita.Kita hargai nafas kita yang dok sedut tetiap hari.Nyawa yang Allah bagi ini,bukannya untuk tambah maksiat...tapi untuk tambah mendekatkan diri pada Allah Azza Wa Jalla.

Jadi ya maulana sekalian...apa pelajaran kita hari ini?

Bagaimana nak berterima kasih dengan segala pemberian nikmat yang Tuhan bagi ini?

Bagaimana nak tambah keberkatan dalam hidup kita?

Bagaimana nak keluar dari kemiskinan dan menuju kepada kekayaan?

Bagaimana nak jadi kaya...bertambah kaya?

Bagaimana nak bagi semua doa kita dimakbulkan Tuhan?



















Iaitu dengan BERSYUKUR KEPADA-NYA
















Ya Allah...daku kurang bersyukur kepada MU ya Allah...banyak sungguh nikmat yang Engkau berikan kepadaku.Tapi daku selalu lupakan Engkau...

Segala puji-pujian hanya untukmu Ya Allah...

ALHAMDULILLAH....





Allah Maha Kuasa Makhluk Tiada Kuasa

Setiap hari manusia dilimpahi nikmat Allah Yang Maha Pemurah.Setiap hari manusia bergelumang dengan pemberian demi pemberian dari Allah Yang Maha Pengasih.Cuba sebutkan nikmat Allah paling hebat pada diri tuan-tuan.Apa dia?Toyota Estima Hybrid?Set Sony DAV-FZ900KW DVD Home Theatre System?iPhone 3GS berkelajuan 833MHz?Motosikal berkuasa tinggi Ducati 1098 S Tricolore?Dua tiket percutian mengelilingi Eropah dan bonus berbulan madu?Isteri secantik Diana Danielle dilengkapi suara semerdu Yuna?Ooo...itu kurang tepat tuan-tuan...Itu juga nikmat pemberian Allah namun nikmat yang paling hebat pada diri saya dan tuan-tuan ialah nafas yang saya dan tuan-tuan sedut tiap-tiap hari.

Dengan nafas yang dipinjam oleh Allah s.w.t itulah tuan-tuan dapat makan nasi goreng USA sambil menonton TV siaran Liga Juara-Juara Eropah dan kemudian tidur di tilam empuk berjenama Dreamland.Dengan nafas yang dipinjam Tuhan itulah tuan-tuan dapat pergi kerja,membeli-belah,melancong,beribadat dan berehat.DEngan nafas yang dipinjam Allah itu juga sesetengah makhluk Tuhan pergi ke disko,minum arak,berpegangan tangan bukan muhrim dan berzina.Dengan nafas yang dipinjam Allah itu juga ada orang gunakan ia untuk makan rasuah,menipu rakyat bawahan,pecah amanah dan menggunakan hasil negara untuk mengisi perut sendiri.

Nikmat Allah tidak terkira banyaknya tuan-tuan...Setiap kali tuan-tuan kelip mata itu juga satu nikmat.Apa akan jadi jika tuan-tuan semua terjegil biji mata 24jam.Seksanya jika tiba-tiba mata kita masuk habuk.Tidak boleh pejam mata.Mahu tidur pun mata terjegil macam burung hantu.Hidung kita pun dicipta Tuhan dalam kedudukan yang penuh nikmat dan rahmat.Apa akan jadi kalau lubang hidung saya dan tuan-tuan ke atas?Aha...jika hujan kelam-kabutlah cari tempat berteduh,kalau tidak lemaslah air masuk hidung kalau tuan-tuan tidak tutup dengan tangan.

Cuba lihat bagaimana hikmahnya Allah cipta diri kita.Kuku kita boleh memanjang.Bulu ketiak kita pun boleh panjang.Tetapi mengapa gigi kita tidak boleh panjang-panjang?Bulu kening kita duduk macam itu saja.Cuba kalau gigi kita memanjang macam kuku kita.Sampai masa,kena potong.Alamat kena cari 'cutter' besilah.Doktor gigi akan kaya raya kerana buat khidmat potong gigi setiap hari.Jika ada yang malas potong gigi,giginya akan panjang macam drakula.Nak makan pun susah.Pontianak Harum Sundal Malam dan Siang pun  akan lari ketakutan lihat gigi kita.

Apa akan jadi kalau bulu kening kita memanjang macam janggut atau bulu ketiak kita?Alamat bertambah tugas kita.Kalau malas potong bulu kening,bulu kening akan panjang sehingga tutup mata.Pereka fesyen dari Paris dan Tokyo akan membuat pelbagai fesyen bulu kening yang pelik-pelik.Remaja-remaja Jepun akan menggayakan trend-trend terbaru bulu kening yang di'punk'kan atau diwarnakan di sana-sini.Lisa Surihani akan mendandan bulu keningnya untuk dimuatkan dalam majalah Mangga.Kan haru namanya itu ya maulana sekalian.





Cuba lihat diri tuan-tuan,betapa sempurna diri tuan-tuan Allah ciptakan.Cukup sifat.Ada orang yang lahir-lahir buta matanya.Ada yang cacat tiada tangan dan kaki.Ada yang lahir-lahir dua kepala satu badan.Ada bayi lahir sebelah buah pinggang mati.Ada yang terpaksa minta derma hati.

Nikmat Allah itu tuan-tuan... kalau dikumpulkan seluruh air laut di dunia ini untuk dijadikan dakwat,tidak cukup untuk menuliskan semuanya.Kalau dikumpulkan semua pokok-pokok di dunia ini supaya dijadikan batang pena bagi menuliskan segala nikmat Allah itu nescaya habis semuanya sebelum sempat menuliskan semua nikmat Allah itu.Subhanallahhh...

Allah jadikan diri kita sebaik-baik ciptaan...tuan-tuan.Firman Allah dalam surah at-Tin ayat 4,

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya".

Namun ada orang yang tidak puas dengan dirinya.Dia rasa Tuhan tidak cukup bagus ciptakan dirinya.Jadi dia buat tatu dan lukis macam-macam gambar pada tubuh badannya.Ada yang tindik muka,tangan,perut dan macam-macam lagi tabiat pelik manusia yang tidak puas hati dengan dirinya yang sebaik-baik ciptaan.Ada yang sambung rambut.Ada yang suntik silikon,suntik botox sampai hampir-hampir jadi mutan macam dalam filem X-Men.Ada yang tukar jantina.Yang lelaki jadi perempuan,yang perempuan jadi lelaki.Yang tidak sepatutnya digincu,digincu.Yang tak sepatutnya dicat,dicat sampai berwarna-warni macam badut sarkas.Padahal,semua itu yang dihias sedemikian rupa bakal menjadi santapan istimewa segala cacing dan ulat di dalam kubur.Jika tidak ulat dan cacing,pasti segala bakteria di bumi Allah ini akan melupuskan daging-daging mereka.Tidak bersisa.Yang perlu di'tatu' dan dicantikkan bukan tubuh badan wahai maulana semua...



Yang perlu diperelokkan,ditacap-tacap dan dicantikkan ialah AKHLAK dan IMAN kita.

Apa doa melihat cermin ya maulana sekalian?Siapa tahu angkat kaki!

Ya..ya.. "Segala Puji Hanyalah Milik Allah, Ya Allah Sebagaimana Engkau Telah Membaguskan Kejadianku, Maka Baguskanlah Akhlaqku"

Inilah yang perlu ditacap-tacap tuan-tuan.Mitsubishi Evo tuan-tuan tak payah tacap pun tidak mengapa.Ini AKHLAK tuan-tuan yang perlu diperelokkan,bikin baik punya!Bagi Allah sayang pada kita.Bagi Allah redha pada kita.Baru kelass gitu.

Iman tuan-tuan kalau tak cantik,lembu dan kambing pun menggelengkan kepala.Kenapa tuan-tuan?Kita makan,kambing pun makan.Kita minum,kambing pun minum.Kita tidur,kambing pun tidur.Tapi bila azan maghrib,kita masih mengunyah lagi,masih selamba dek lagi macam kambing.Kambing pun naik hairan.Apa beza aku dengan manusia?

Sebab itu kita kena tahu bersyukur tuan-tuan...sebab bab bersyukur ini kalau nak huraikan kelebihannya tidak cukup 44 malam tuan-tuan.Bersyukur inilah antara asbab punca rezeki yang amat ampuh tuan-tuan.Bersyukur ini kalau nak tahu adalah kunci kekayaan dan hidup mewah.Kenape?Tak percayeee?


Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.

Nah...sekarang kita tahu Allah menjamin dalam AlQuran bahawa dengan bersyukur Allah akan tambah lagi dan lagi dan lagi.Allah akan tambah nikmatnya lagi dengan bersyukur.JIka kita miskin,Allah akan jadikan kita kaya.Kalau kita kaya,Allah bikin kita jadi tambah kaya...tambah kaya...Masya Allah!!



Bagaimana?Bagitahu aku macam mana nak jadi kaya dengan bersyukur??Aku bosan hidup miskin.Aku bosan jadi kuli batak orang lain.Aku sendiri pun tak cukup makan,macam mana nak bagi anak bini aku makan.Takkanlah aku nak bagi anak bini aku makan siput babi macam dalam rancangan Bersama mu TV3 tuh.

Sabar...ya maulana.Nak tahu rahsia mesti sabar.Nak kaya pun kena sabar.Sabar itu juga cara untuk jadi kaya.Kekayaan pun tidak datang sekelip atau 2 kelip mata.Berkelip-kelip mata pun tak dapat ya tuan-tuan.

Kau jangan buat loyar buruk.Beritahu aku cepat!

Bagaimana mahu kaya jika sikap tuan tidak mahu sabar?Lihat Bill Gates yang pendapatannya 300juta sebulan.Adakah dia kaya dengan 2-3 kelip mata?Berapa lama Donald Trump bina empayar hartanahnya?Tak payah pergi jauh tuan,lihat Mustapha Kamal tauke MK Land,berapa lama dia bertatih bina kekayaan?

Baiklah aku mahu sabar sekarang.Cuma tolong beritahu aku macam mana nak kaya dengan hanya bersyukur pada Tuhan.Aku cuma bosan makan megi tiap-tiap hari.Sekarang ini pun megi aku sudah kembang.




Megi yang kembang juga adalah nikmat Allah ya sheikh ya maulana.JIka tuan tidak tahu bersyukur dengan sekeping megi,bagaimana tuan mahu bersyukur dengan sepinggan nasi kandar Mamak Deluxe berlaukkan ayam madu,papadom,sayur kobis dengan campuran mayonis,kentang putar yang lazat dan air tembikai susu lemak manis?Belajar bersyukur pada perkara yang kecil-kecil dahulu tuan,baru kita layak dapat berkat bersyukur pada perkara-perkara yang besar-besar.Sekeping megi itu tuan,jika kita tahu erti bersyukur padanya,Allah akan catitkan kesyukuran kita itu dan kelak Allah akan balas 10 kali ganda malahan berkali-kali ganda ya tuan.Subhanallah!!

Ya..ya..aku bersyukur dapat makan megi kembang.Jangan cakap lagi,beritahu sahaja bagaimana aku mahu bersyukur supaya dapat keluar dari kemiskinan tegar aku ini.

Tuan sudah pun buat tadi.Maknanya jika kita tahu erti syukur walaupun sekecil-kecil nikmat Allah,maka kita layak dapat kelebihan berkat rahmat Allah Yang Maha Kaya.Bersyukur ini macam main pinball tuan,tidak kira apa jua kita bersyukur pun,tetap dapat markah.Dapat minum air kosong,alhamdulillah...dapat duduk bawah payung masa hujan,alhamdulillah...dapat duduk dalam tren yang sesak,alhamdulillah...tapi jangan pula bila tengok punggung wanita masa dalam LRT kita ucap alhamdulillah...

Kenapa pula?Bukan itu juga rezeki namanya?

Itu bukan rezeki ya maulana!Masya Allah apa nak jadi dengan maulana ini!Itu bukan rezeki,itu peluang nak dapat dosa!

Bila terpandang perkara-perkara macam itu,alihkan pandangan atau tutup mata sahaja dan beristighfar.Ini juga cara kita bersyukur dengan kedua biji mata kita.Nanti Allah tambah lagi nikmat...lagi dan lagi dan lagi...

Alhamdulillah aku faham sekarang,jadi ada tak cara lain nak bersyukur ini?

Bersyukur ini banyak cara kita boleh buat tuan-tuan.Bukan sekadar mengucapkan alhamdulillah...jika kita banyak harta,cara paling baik untuk bersyukur dengan harta kita ialah berzakat.Dah tunaikan zakat,kita boleh bersedekah pula.Tahukah tuan-tuan,dengan bersedekah,harta kita akan bertambah dan bertambah?Masya Allah tuan...ini RAHSIA BESAR tuan...bersedekah dapat menambahkan kekayaan.Dalam ilmu metafizik Barat juga mengakui prinsip ini.Apa dia tuan-tuan?

"Rahsia menerima ialah dengan memberi"
 

Perihal Nikmat Rezeki Dan Kasih Sayang Allah





Allah Maha Kuasa Makhluk Tiada Kuasa,

Allah Maha Penyayang.Tiada siapa yang mampu melebihi sifat penyayangnya Allah.Jika seorang ibu amat sayang kepada anaknya,maka sifat penyayang seorang ibu tidak akan dapat mengatasi sifat Maha Penyayangnya Allah.Sifat penyayang Allah lebih hebat dari sifat kasih sayang ibu kepada anaknya.Lebih hebat dari kasih sayang seorang pencinta kepada kekasih hatinya.

Tanda-tanda kasih sayang Allah itu ada di segenap alam.Lihat bagaimana seekor burung diberikan rezekinya setiap hari.Lihat bagaimana seekor buaya mendapat rezekinya.Lihat bagaimana seekor zirafah mendapat rezekinya.Hari ini kita tidak payah terbang mengembara ke seluruh dunia nak lihat semua tanda-tanda ini,bagaimana makhluk Allah diberikan rezeki dengan kasih sayang-Nya.Dalam TV ada,dalam internet ada dalam majalah pun ada.Kita boleh buka National Geographic dan lihat bagaimana makhluk-makhluk Allah hidup dan makan rezeki Allah.Kita boleh lihat bagaimana seekor harimau yang ganas dan menggerunkan,diberi rezeki oleh Allah berkat sifat penyayang-Nya.Tanpa rezeki yang disuapkan Allah kepada sang harimau,kita boleh lihat bagaimana sang harimau melepek kelaparan di safari-safari Afrika.

Kita boleh lihat bagaimana Hitler,Stalin atau Bush makan dengan lahapnya di majlis-majlis makan bersama-sama pegawai mereka.Jika Allah menahan rezeki mereka,maka melepeklah mereka tak makan dengan wajah murung dan gelisah.Betapa agungnya kasih sayang Allah melebihi kasih sayang makhluk.Satu makhluk pun tidak dapat meniru kasih sayang Allah.Satu makhluk pun tidak dapat mengasihi bagaimana Allah mengasihi.



Kasih sayang Allah pada makhluk adalah berlainan dengan keredhaan Allah kepada makhluk itu.Allah beri rezeki kepada semua makhluk tidak kira kafir dan Islam sebab sifat Kasih Sayang-Nya yang luas.Namun belum tentu Allah redha dengan makhluk itu.Allah beri rezeki kepada mendiang Lim Goh Tong sampai kaya raya dapat bina mahligai atas gunung.Tetapi adakah Allah redha dengan kekafiran Lim Goh Tong?


Sesungguhnya agama yang benar dan diredhai di sisi Allah ialah Islam. (Ali Imran ayat 19)


Keredhaan Allah terletak kepada IMAN seseorang.Dari iman timbullah takwa dan rasa rendah diri kepada Allah;takut kepada Allah.Allah sayangkan makhluknya kerana ia adalah ciptaan-Nya.Namun keredhaan Allah itu hanya dimenangi oleh siapa YANG BERIMAN KEPADA-NYA.Orang kafir tak layak memenangi KEREDHAAN ALLAH.Orang munafik tidak layak memenangi KEREDHAAN ALLAH.Mereka hanya layak makan rezeki Allah atas belas kasihan Allah sahaja.Contohnya seorang bapa yang mahu solat.Ketika mahu angkat takbir pertama,si anak merengek-rengek mahu aiskrim.Si bapa berhenti solat dan berikan aiskrim kepada anak.Bila bapa mahu mulakan solat kembali,si anak merengek lagi.Bapa mula panas hati.Bapa beri aiskrim dan sambil cuba untuk senyum pada anak.Kali ketiga,bapa mahu angkat takbir,si anak menghentak-hentakkan kakinya.

Namun si bapa beri juga aiskrim namun dengan wajah yang agak marah dan terganggu.

Jadi adakah pemberian pertama bapa sama dengan pemberian ketiga?

SI BAPA BERI AISKRIM DENGAN REDHA PADA KALI PERTAMA NAMUN DENGAN TERPAKSA DAN EMOSI TERGANGGU PADA KALI KETIGA.
Itulah kiasan makna 'redho' dalam bahasa mudah.NAMUN ADAKAH SI BAPA BENCIKAN ANAKNYA?ADAKAH SI BAPA TIDAK SAYANG ANAKNYA?

Betapa agungnya kasih sayang Allah.Alangkah bertuahnya ORANG BERIMAN yang dapat kasih sayang Allah malah Allah redho lagi dengan dirinya makan rezeki Allah itu.Adakah istilah orang yang makan rezeki Allah tetapi Allah tidak redho kepadanya?

Inilah dinamakan ISTIDRAJ.

Kadangkala Allah tambahkan lagi harta bendanya,kaya bertambah kaya,makan rezeki Allah tidak disekat-sekat.Perniagaan makin maju,makin maju.Hidupnya seolah-olah tiada nasib malang SUPAYA NANTI DIA AKAN JAHANAM DENGAN HARTA BENDANYA.Inilah orang yang diistidraj oleh Allah.Allah beri rezeki atas rahmat kasih sayang-Nya tetapi Allah tidak redho kepada-Nya.

Jadi fikirkanlah,adakah kita makan rezeki Allah ini DALAM KEADAAN DIREDHAI-NYA ATAU DIISTIDRAJ OLEH-NYA?


Tepuk dada tanyalah iman!










Allah Maha Kuasa Makhluk Tiada Kuasa



Kadangkala Allah bagi rezeki berlimpah ruah supaya orang itu makin jauh dari hidayahnya.Adakalanya Allah bagi rezeki ala kadar supaya orang itu makin rapat,makin dekat kepada Allah.Jika orang itu dibiarkan leka,mungkin dia akan lupakan Allah.Jadi Allah 'pukul-pukul sayang' pada hambanya bagi dia lebih dekat keribaan Allah.Ibarat si bapa tadi merotan anaknya kerana nakal main di tepi semak belukar.Adakah si bapa pukul anaknya kerana benci?Tidak bukan?Bapa pukul anak kerana bimbangkan anaknya terlalu biasa bermain di kawasan berbahaya;takut-takut digigit ular.Begitulah manusia.Tika susah dia ingat Allah,bila senang sikit,nampak gaya mahu lupakan Allah,jadi Allah 'rotan' dia supaya ingat Allah balik.BERTUAHNYA MANUSIA YANG DIROTAN OLEH ALLAH SUPAYA INGAT PADA-NYA.

Sebab ada manusia yang Allah tak pedulikan dia.Allah biarkan dia kaya raya.Malah Allah campakkan lagi rezeki-nya begitu sahaja tanpa ditahan-tahan.Ibarat Donald Trump yang sudah kaya,makin kaya.Ibarat Bill Gates yang sudah kaya,bertambah kaya.

NAMUN ADAKAH PADA DIRI MEREKA TIADA LANGSUNG BERBEKAS KASIH SAYANG-NYA?

Selagi Donald Trump masih hidup,dia ada peluang dapat hidayah Allah.Selagi Bill Gates hidup,dia ada peluang masuk agama Allah.INILAH BUKTI KASIH SAYANG ALLAH YANG MAHA LUAS.Sebab belum tentu Elizabeth Wong tidak layak dapat hidayah Allah dan masuk agama Allah di kala Aishah Bukhari yang lahir dalam Islam boleh dicabut hidayah Allah dan menjadi murtad.Tuan-tuan kenal siapa Lina JOy?

Jadi bila-bila masa Allah boleh tarik hidayah,boleh masukkan hidayah ke dalam hati-hati manusia.Bila-bila masa orang yang lahirnya Islam boleh mati terbongkang dalam kekafiran dan bila-bila masa Allah boleh buat orang yang lahirnya kafir di depan berhala,boleh tersenyum-senyum meninggal dunia dalam rahmat IMAN DAN ISLAM.

Rezeki Allah yang beri tetapi rezeki datang bukan dari langit jatuh atas riba kita.Lihat bagaimana seekor burung dapat rezeki.Allah tak campak rezeki dalam sarangnya tapi Allah letak rezeki dia tempat lain.Burung itu kena terbang cari rezeki yang Allah letak untuk dia.Sama lah macam kita.Kita tidak boleh duduk goyang kaki harapkan rezeki jatuh berdebuk depan mata kita.Sebab apa ya maulana?

SEBAB ALLAH SURUH KITA YAKIN BAHAWA DIA YANG BAGI REZEKI TETAPI ALLAH TAK SURUH KITA MALAS MENCARI REZEKI.

Carilah rezeki Allah sebab ALLAH PERINTAH KITA CARI REZEKI.

” …bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia (rezeki) Allah dan ingatlah akan Allah sebanyak-banyaknya, mudah-mudahan kamu menang.” (Surah Al-Jumu’ah:10)


Jadi carilah rezeki kita di mana-mana.Di kilang,di pejabat,di warung,di tapak-tapak binaan,di ladang...di mana sahaja.Bukan duduk di masjid mengharap rezeki jatuh ke riba!ALLAH PERINTAH KITA BERDOA TAPI ALLAH TAK SURUH KITA DUDUK DIAM DALAM MASJID. ALLAH PERINTAH KITA BERDOA DAN BERTEBARAN CARI REZEKI ALLAH DI MUKA BUMI DAN BERSYUKUR KEPADA-NYA.



Malah jika kita bersyukur,Allah tambah lagi nikmat.Kita bersyukur lagi...Allah tambah lagi nikmat....syukur lagi....Allah tambah lagi nikmat...tambah lagi nikmat....tambah lagi...tambah lagi...dan lagi...dan lagi...dan lagi dan lagi dan lagi...

MASYA ALLAH!



Namun hari ini ada orang bilang pejabat bagi rezeki padanya.Ada orang kata sekolah bagi rezeki padanya.Ada orang ingat kilang-kilang bagi rezeki padanya.Restoran bagi rezeki pada dia.Syarikat bagi rezeki pada dia.

Ada satu orang fikir,bos bagi dia makan.Ada satu orang fikir kerajaan bagi dia makan.Ada satu orang fikir raja bagi dia makan.Raja bagi dia rezeki.Tuan Presiden bagi dia rezeki.

Sebab itu ada orang yang tinggalkan solat semata-mata nak kejar rezeki.Sebab itu ada orang yang tidak puasa sebab nak kejar rezeki.Sebab nak kejar habuan perut.Biarlah aku tak solat sebab solat tak penting,solat tak bagi aku duit,solat tak bagi aku makan,solat tak bagi aku kaya.Kerja aku yang penting,profesion aku yang penting sebab kerja bagi anak bini aku makan,kerja yang bagi aku kaya,bisnes yang bagi aku jutawan.

Padahal maulana-maulana sekalian...

SIAPA YANG BAGI DIA MAKAN?SIAPA YANG BAGI DIA DUIT?SIAPA YANG BAGI DIA HIDUP SENANG?

SIAPA YANG BAGI ANAK BINI DIA MAKAN,SIAPA YANG BAGI ANAK BINI DIA BERTEDUH DAN TIDUR NYENYAK?

Hari ini ada orang yang takutkan bos dia.Takut bos dia marah sebab ambil masa nak solat zohor.Solat zohor pun tak khusyuk sebab terbayang muka bos yang garang.PADAHAL SIAPA YANG BAGI REZEKI KEPADA BOS DIA?SIAPA YANG BAGI BOS DIA MAKAN?
Adakah sebab dia solat zohor,maka rezeki dia jadi sedikit?Adakah sebab dia ingat Allah,rezeki dia kena tahan.Allah kuat kah atau makhluk kuat?Allah lebih kuasakah atau makhluk lebih kuasa?

Hari ini orang fikir kerja bagi dia makan.Manusia yang bagi dia makan.Sebab itu dia rela jadi HAMBA MANUSIA.Rela jadi kuli dan pesuruh manusia.PADAHAL MANUSIA YANG JADI TUAN DIA ITUPUN HAMBA JUGA.Maka nya dia jadi hamba kepada hamba lain.

ADA ORANG YANG JADI HAMBA KEPADA HAMBA.ADA ORANG YANG JADI HAMBA KEPADA RAJA.

Namun ada yang jadi hamba KEPADA RAJA SEGALA RAJA!

Mana lebih tinggi darjatnya,hamba kepada hamba ATAU HAMBA RAJA?





Oleh itu wahai maulana-maulana sekalian...


Ana mahu bertanya sekali lagi,siapa yang bagi kita makan?Siapa yang bagi kita hidup senang?Siapa yang bagi kita rezeki?

Siapa yang bagi anak bini kita makan sampai kenyang?Siapa yang bagi anak kecil kita makan sampai tidur kekenyangan?Siapa bagi mereka berteduh dari panas hujan?



Kitakah?

Bos kitakah?

Tauke kah?

Guru besarkah?

Ketua pejabatkah?

Pegawaikah?

Rajakah?

Perdana Menterikah?

Presidenkah?


Bush?

Obama?

Yahudi?

Cina kaya?

Orang putih?

ahli korporat?


cakap siapa ya maulana-maulana!

cakap siapa!


SIAPA YANG SUAPKAN REZEKINYA PADA MULUT KITA?MULUT KITA YANG BANYAK MENGUMPAT,MENGUTUK,MAKAN HAK ORANG,BERDUSTA,LAWAN MAK BAPAK,LAWAN ALLAH....

Siapa yang bagi kita makan nasi sampai meleleh air liur kita lihat lauk ayam dan teh ais?Siapa bagi kita kenyang lepas makan nasi?Tidur nyenyak lepas kenyang sampai meleleh pula air liur basi kita.


SIAPA TUAN-TUAN...SIAPA YA MAULANA....?

CAKAP SEKARANG!SIAPA?
SIAPA BAGI KITA MAKAN?

SIAPA BAGI KITA REZEKI?


S I A P A?????































ALLAH......


















Ya Allah!Engkau bagi aku makan ya Allah.... Engkau bagi aku rezeki ya Allah..... Engkau sayangkan hambamu ini ya Allah....